Empat penjenayah warga Indonesia ditembak mati
⊆ 4:25 PM by Azam | ˜ 0 comments »SEREMBAN:Empat perompak yang dipercayai warganegara Indonesia mati ditembak selepas cuba menyerang polis dengan parang panjang dan
pistol jenis revolver di terowong kecil di bawah Kilometer 276.3
Lebuhraya Utara Selatan di sini, 5.20 pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata sebelum itu,
penjenayah yang memandu kereta Wira Aeroback bernombor pendaftaran WJP5728 itu ditahan oleh pasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Labu.
"Mereka berhenti tetapi apabila anggota kita keluar dari kereta, penjenayah
terus memecut ke arah Nilai dan masuk ke jalan kuari sebelum terlanggar tengah terowong dalam ladang Sime Darby," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Penjenayah terbabit kemudian keluar dari kereta untuk menyerang polis di
mana salah seorang dari mereka melepaskan dua das tembakan tetapi tersasar
akibat pistol jenis revolver .38 itu mengalami kerosakan, katanya.
Polis membalas tembakan menyebabkan keempat-empat lelaki maut di tempat
kejadian dan menjumpai dua bilah parang panjang, satu senjata seperti sabit, sepucuk pistol revolver .38 dan satu alat pengumpil, katanya.
Penjenayah terbabit sengaja mensasarkan perkampungan Melayu di kawasan Labu
dan Nilai memandangkan keadaan rumah yang berjauhan dan terpencil, katanya.
Pada 21 Ogos lalu, jam 1.45 pagi, mereka menyamun RM5,000 termasuk komputer, telefon dan jam dari sebuah rumah di sini dan 40 minit kemudian merompak RM1,500 dari sebuah lagi rumah penduduk tempatan, katanya.
Katanya, polis juga mendapati kereta yang digunakan juga dicuri dari
kawasan komersil Terminal 2 di sini.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to Empat penjenayah warga Indonesia ditembak mati
= Leave a Reply