6 penjenayah ‘alim’ samun pesakit di klinik
⊆ 3:34 PM by Azam | ˜ 0 comments »KUANTAN: Enam penyamun dajal sanggup berlagak alim dengan memakai kopiah dan songkok serta menyamar pesakit sebelum bertindak ala samseng menggertak beberapa pesakit lain yang sedang menunggu rawatan di sebuah klinik di Jalan Beserah di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, seorang pesakit kerugian RM4,000 apabila kumpulan penjenayah terbabit merampas barang kemas dan telefon bimbit miliknya.
Difahamkan, penjenayah itu yang dipercayai penagih dadah dan bersenjatakan parang berhenti di depan klinik itu sebelum seorang daripada mereka meluru masuk ke dalam untuk meninjau keadaan sebelum ke kaunter pemberian ubat dipercayai berpura-pura mahu membeli pil.
Bagaimanapun, apabila mendapati bilangan pesakit tidak ramai, dua daripada penyamun terbabit yang bersenjatakan parang terus menerpa masuk dan menggertak semua pesakit supaya mendiamkan diri jika tidak mahu dicederakan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapha, berkata penyamun terbabit kemudian menghampiri seorang pesakit yang sedang menunggu giliran sebelum memaksa mangsa menyerahkan rantai dan gelang.
Menurutnya, tidak cukup dengan itu, penyamun terbabit turut merampas telefon bimbit mangsa menyebabkan kerugian RM4,000.
Katanya, laporan berhubung kejadian itu dibuat pemilik klinik di Balai Polis Beserah sebaik enam penyamun berkenaan meninggalkan tempat kejadian.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to 6 penjenayah ‘alim’ samun pesakit di klinik
= Leave a Reply