Barang kemas, wang RM20,000 licin disamun
⊆ 5:42 PM by Azam | ˜ 0 comments »KOTA BHARU - Sebuah keluarga yang nyenyak tidur dikejutkan empat tetamu tidak diundang menyamun barang kemas dan wang tunai yang kesemuanya dianggar bernilai lebih RM20,000 di sebuah rumah di Taman Wira, Machang dekat sini Rabu lalu.
Jurucakap polis berkata, semasa kejadian pada pukul 4.30 pagi, keluarga tersebut yang mempunyai empat orang dewasa dan beberapa orang kanak-kanak telah tidur.
Menurut beliau, sebaik masuk ke rumah itu, empat lelaki dengan dua memakai topeng dan bersenjatakan parang terus mengejutkan seorang wanita warga emas yang tidur di tingkat bawah rumah tersebut.
"Sebaik bangun, suspek meminta warga emas yang uzur itu menunjukkan barang kemas.
"Mangsa yang memberitahu tidak boleh berjalan telah dipimpin oleh seorang suspek mencari barang kemas di dalam rumah itu," kata beliau di sini semalam.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to Barang kemas, wang RM20,000 licin disamun
= Leave a Reply