Dua ditahan, 40,000 DVD cetak rampas dirampas

⊆ 6:39 PM by Azam | ˜ 0 comments »

PETALING JAYA - Tindakan nekad dua lelaki yang sanggup meniti tingkap sebuah bilik di tingkat 20 sebuah pangsapuri di sini, bagi melarikan diri dari ditahan pihak berkuasa tidak berbaloi apabila mereka ditahan kemudiannya.

Mereka yang berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan pada jam 1.30 petang tadi.

Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyerbu bilik berkenaan yang dipercayai dijadikan tempat menyimpan cakera video digital (DVD) cetak rompak sejak tiga tahun lalu.

Kira-kira 40,000 keping DVD cetak rompak di dalam bilik itu telah dirampas.

Pengarah Penguat kuasa KPDNKK Putrajaya, Firdus Zakaria berkata, ketika serbuan, suspek enggan membuka pintu dan para anggota KPDNKK terpaksa bertindak memecah pintu bilik tersebut.

“Hampir sejam kita berusaha pecahkan pintu itu. Selepas berjaya masuk, suspek sudah melarikan diri dengan keluar melalui tingkap bilik dan meniti di luar tingkap lalu keluar melalui sebuah bilik lain,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, berdasarkan rekod, terdapat kira-kira 30 pengedar DVD cetak rompak di sekitar Lembah Klang dengan anggaran pendapatan mereka kira-kira RM2,000 sehari. - Bernama


0 Responses to Dua ditahan, 40,000 DVD cetak rampas dirampas

= Leave a Reply