Dua warga Afrika ditahan disyaki terlibat sindiket Black Money
⊆ 9:49 AM by Azam | ˜ 0 comments »KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan dua warga Afrika kerana disyaki terlibat dalam sindiket Black Money (wang gelap) yang membabitkan penipuan lebih RM1 juta milik warga Eropah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur, ACP Mohd. Aris Ramli berkata, sepasukan anggota jabatan itu menahan kedua-dua suspek dalam tempoh 24 jam selepas seorang lelaki warga Eropah berumur 73 tahun membuat laporan polis semalam.
“Warga Eropah tersebut yang sedang berkunjung ke negara ini atas urusan peribadi telah membuat laporan polis pukul 1 petang semalam dan dua daripada tiga suspek berjaya ditangkap pukul 1 petang hari ini di sebuah pasar raya terkenal dekat sini,” katanya kepada pemberita.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to Dua warga Afrika ditahan disyaki terlibat sindiket Black Money
= Leave a Reply