Ibu, anak mati dibunuh

⊆ 8:39 PM by Azam | ˜ 0 comments »




MAENAK dan anak perempuannya, Nurashikin Ramli yang mati ditetak dengan parang oleh orang yang dikenalinya di Kampung Sireh, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Seorang wanita warga Thailand, Maenak Ya, 36, dan anak perempuannya, Nurashikin Ramli, 2, ditemui mati dipercayai ditetak dengan senjata tajam di rumah mereka di Kampung Sireh dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi, Nurashikin meninggal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan setelah ditetak berulang kali.

Maenak pula meninggal kira-kira pukul 6.45 pagi selepas menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Semasa kejadian, dua beranak yang berasal dari Narathiwat itu tinggal berdua di rumah manakala suaminya dipercayai berada di Terengganu kerana bekerja.


0 Responses to Ibu, anak mati dibunuh

= Leave a Reply