Jari hampir putus ditetak balik Tarawih

⊆ 3:35 PM by Azam | ˜ 0 comments »

AMPANG: Seorang pegawai kanan polis hampir putus jari kelingking selepas ditetak dua lelaki yang cuba menyamun di hadapan rumahnya, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, mangsa, Asisten Superintendan Amaluddin Kamaruddin, 49, bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya baru pulang menunaikan solat Tarawih serta menziarahi anak anggota polis yang meninggal dunia di Hulu Klang.

Difahamkan, setibanya ke rumah, mangsa keluar untuk membuka pintu pagar sebelum seorang daripada lelaki terbabit yang menunggang sebuah motosikal menghampirinya lalu menyapa dengan memberi salam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata mangsa pada mulanya tidak mengesyaki niat lelaki itu menjawab salam sebelum lelaki itu mengugut mangsa menyerahkan wang.





“Geram dengan tindakan itu, mangsa menumbuk suspek hingga terjatuh.

“Pada masa sama seorang lagi suspek menyerang mangsa dengan sebilah parang hingga mengenai tapak tangan dan kaki mangsa.

Menurutnya, dalam suasana tegang itu, mangsa menjerit meminta pertolongan kerana tidak mampu melawan suspek yang bersenjatakan parang itu.

“Selepas mendengar pekikan mangsa, beberapa jiran keluar melihat kejadian sebelum menghantar mangsa ke Hospital Ampang kerana cedera di tapak tangan serta jari kelingking mangsa hampir putus. Kedua-dua suspek melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Rosnita Dahlan, 50, berkata ketika kejadian dia dan tiga anaknya berada di dalam rumah.


0 Responses to Jari hampir putus ditetak balik Tarawih

= Leave a Reply