Lelaki cuba serang polis ditembak mati

⊆ 9:51 AM by Azam | ˜ 0 comments »




Oleh AZIZI MAJID
azizi.majid@kosmo.com.my

KERETA peronda polis yang remuk teruk selepas dilarikan seorang lelaki yang mati terkena tembakan amaran polis di Taman Perling, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Keinginan berubat secara tradisional berakhir dengan mati ditembak.

Demikian nasib seorang pemuda berusia 25 tahun yang dibawa ke sebuah rumah di Taman Perling di sini semalam, tetapi tiba-tiba mengamuk sebelum dia terkena dua das tembakan polis dan mati.

Dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, mangsa seorang tukang kimpal yang mempunyai masalah mental telah dibawa oleh abang dan ibunya untuk berubat di rumah bapa saudaranya.

Namun ketika berubat, mangsa dikatakan mula bergaduh dengan abangnya.

Jurucakap polis berkata, mangsa telah mencapai sebilah pisau dan terus menyerang abangnya menyebabkan bapa saudaranya menghubungi polis.

"Dua anggota polis tiba dengan sebuah kereta peronda dan cuba menenangkan mangsa yang sangat agresif dan cuba menyerang anggota polis,'' katanya.


0 Responses to Lelaki cuba serang polis ditembak mati

= Leave a Reply