Lelaki maut ditetak

⊆ 4:28 PM by Azam | ˜ 0 comments »

Oleh IRDINA ILIYAS
utusansabah@utusan.com.my

LAHAD DATU 12 Sept. - Seorang lelaki warga asing menetak mati rakannya yang didakwa sering mengganggu isterinya di Jalan Tengah Nipah, berhampiran kawasan pembinaan Kelompok Industri Kelapa Sawit (POIC), dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Saimani Jakara, 38, yang merupakan seorang buruh binaan, mati akibat ditetak di belakang kepala menggunakan sebilah kapak.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supritenden Md. Suhaimi Ab. Rahman berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

''Polis bergegas ke tempat kejadian dan telah menemui mayat mangsa dalam keadaan terlentang. Kita juga menemui sebilah kapak tidak jauh daripada mayat mangsa ditemui.

''Polis telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga merupakan rakan sekerja mangsa bagi membantu siasatan,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu katanya, siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak sedemikian ekoran perasaan cemburu setelah mengesyaki mangsa sering mengganggu isterinya.

Bagaimanapun katanya, polis masih meneruskan siasatan bagi mengetahui motif sebenar kejadian.

''Kita masih meneruskan siasatan lanjutan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat serta motif kejadian," katanya.

Sementara itu, beliau berharap orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut dapat memberikan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.


0 Responses to Lelaki maut ditetak

= Leave a Reply