Mangsa kasihan lelaki Afrika
⊆ 3:53 AM by Azam | ˜ 0 comments »
Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
HATI-HATI apabila anda mencari kenalan di internet kerana ada kemungkinan anda menjadi mangsa tipu lelaki jahat dari Afrika.
KUALA LUMPUR – “Saya langsung tidak tergoda dengan ayat-ayat cinta yang ditaburkan oleh lelaki Afrika itu malah bertambah meluat.
“Namun satu kelemahan saya ialah saya jenis yang susah untuk melukakan hati orang menyebabkan saya mengikut apa yang si lelaki itu mahu.”
Demikian pendedahan mangsa yang mahu dikenali sebagai Sheila yang ditipu warga Afrika membabitkan kerugian RM25,500 baru-baru ini.
Selepas kejadian itu, katanya, baru dia sedar lelaki rakyat Afrika yang baik dengannya beberapa bulan lalu hanya mahu wang daripadanya.
“Selepas kerugian wang yang banyak, saya serik untuk mencari kenalan di Internet,” katanya ketika dihubungi.
Sheila yang masih bujang bercerita, dia mula mengenali rakannya yang dikenali sebagai Ramon pada awal Ogos lalu di sebuah ruang sembang Internet.
“Ramon mendakwa dia ahli korporat dari England dan sepanjang perkenalan Ramon menghargai saya dan kerap mengucapkan kata-kata cinta.
“Saya bukan jenis yang suka kata-kata yang bermadah kerana ia membuat saya meluat tetapi entah kenapa saya seperti kasihan kepadanya dan terus melayannya,” kata Sheila.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to Mangsa kasihan lelaki Afrika
= Leave a Reply