Markas sindiket jerat cinta Internet diserbu

⊆ 5:00 AM by Azam | ˜ 0 comments »

KERATAN Kosmo! 20 September 2009.

KUALA LUMPUR - Polis melumpuhkan satu sindiket penipuan menghantar bungkusan hadiah palsu yang didalangi lima pelajar warga Afrika selepas menyerbu sebuah apartmen di Petaling Jaya dan Seri Petaling di sini baru-baru ini.

Sindiket yang didalangi oleh lima pelajar lelaki warga Nigeria berusia antara 19 dan 30 tahun tersebut ditahan pada pukul 2 petang 9 September lalu selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan daripada seorang wanita berusia 36 tahun.

Mangsa yang merupakan seorang pegawai di sebuah syarikat petroleum di sini kerugian RM25,500 kerana memasukkan wang tersebut ke dalam satu akaun kononnya bagi menuntut satu bungkusan yang dihantar dari luar negara.

Sindiket tersebut amat licik apabila memperdaya tanpa disedari mangsa.


0 Responses to Markas sindiket jerat cinta Internet diserbu

= Leave a Reply