Mayat wanita busuk dalam simen tepi tangga
⊆ 6:16 AM by Azam | ˜ 0 comments »

GOMBAK: Misteri bau busuk yang dihidu seorang lelaki sejak berhari-hari akhirnya terbongkar berikutan penemuan satu mayat wanita yang disimen seolah-olah seperti busut di tangga belakang bangunan miliknya di Taman Sri Selayang, di sini semalam.
Dalam kejadian kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, lelaki terbabit yang menyangka bau busuk yang dihidu itu bangkai tikus terkejut apabila menemui mayat seorang wanita disimen.
Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Tan berkata, dia tidak tahan dengan bau busuk yang dihidu sejak beberapa hari lalu ke tingkat satu bangunan rumah kedai miliknya bagi mengesan bau busuk itu.
“Pada mulanya saya menyangka ia bau bangkai tikus namun setelah naik ke tingkat satu, bau terbabit semakin kuat.
“Selepas membuka pintu belakang saya terkejut apabila bau itu datangnya dari mayat seorang wanita yang disimen seperti busut di tangga belakang rumah terbabit,” katanya.
Tan yang juga pengusaha kedai peralatan elektrik di tingkat bawah bangunan itu berkata, dia tidak menyangka berlaku kejadian bunuh walaupun penyewanya berpindah tergesa-gesa Ahad lalu.
“Mereka sekeluarga menyewa selama enam bulan di rumah itu dan kelihatan seperti tiada masalah kerana kami sering bertegur sapa,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata sejurus menerima maklumat terbabit, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan terlentang.
“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di lokasi yang sama dan mayatnya disembunyikan di tangga belakang tingkat satu belakang rumah kedai empat tingkat itu.
“Seluruh tubuh mayat itu dicurahkan simen sehingga ke paras buku lali dan kelihatan seperti busut,” katanya sewaktu di temui di lokasi kejadian semalam.
Khaw berkata, mangsa dipercayai dibunuh antara lima hingga enam hari lalu.
“Mangsa didapati tinggal bersama keluarga kakaknya. Bagaimanapun, keluarga kakak mangsa dipercayai berpindah, Ahad lalu.
“Sehubungan itu, polis meminta abang iparnya yang dikenali sebagai S Muniandy, 41, tampil membantu siasatan,” katanya yang terpaksa memecahkan simen berkenaan untuk mengeluarkan mayat.
Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to Mayat wanita busuk dalam simen tepi tangga
= Leave a Reply