Mengamuk kerana gagal samun
⊆ 4:59 AM by Azam | ˜ 0 comments »
Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my
PEKERJA kedai buku di Pandan Perdana, Ampang Jaya yang cedera dilibas parang oleh penyamun semalam.
KUALA LUMPUR - Gara-gara tidak mendapat wang yang mahu disamun, seorang penjenayah mengamuk dengan mencederakan seorang pekerja wanita di sebuah kedai buku di Pandan Perdana dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.15 tengah hari itu, seorang lelaki berusia lewat 20-an telah masuk ke kedai buku tersebut dengan memakai topi keledar menutup muka.
Ketika itu hanya seorang pekerja wanita berusia 25 tahun berada di dalam kedai buku tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek pada mulanya berpura-pura untuk membeli barang sebelum dia pergi ke kaunter.
"Sampai di kaunter, suspek bukannya menghulurkan wang sebaliknya mengeluarkan sebilah parang dan mengugut mangsa supaya menyerahkan wang dari kaunter," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to Mengamuk kerana gagal samun
= Leave a Reply