RM175,000 dikebas Awang Hitam
⊆ 8:25 AM by Azam | ˜ 0 comments »AMPANG: Sekumpulan lelaki warga Afrika berjaya membuatkan seorang ahli perniagaan berputih mata apabila wang pelaburan AS$50,000 (RM175,000) miliknya yang kononnya boleh berganda jika dilaburkan dalam pertukaran mata wang tempatan lesap dilarikan Awang Hitam itu.
Dalam kejadian dua minggu lalu, mangsa yang enggan dikenali tertarik dengan tawaran ahli kumpulan itu yang baru dikenalinya untuk melabur dengan skim pertukaran wang asing yang kononnya memberi pulangan berganda.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, mangsa diperkenalkan kepada kumpulan itu menerusi rakannya dan tertarik untuk melabur apabila mendengar keuntungan bakal diperoleh.
“Suspek mendakwa mengurus satu skim pelaburan mata wang yang memberi pulangan lumayan jika mangsa melabur dalam bentuk dolar Amerika, tetapi pulangannya dalam mata wang tempatan.
“Setiap AS$1 akan dibayar RM4 sehingga RM5 bergantung jumlah yang dilaburkan dengan minimum AS$50,000,” katanya.
Selepas beberapa hari, mangsa membawa wang itu dan berjumpa suspek.
“Mangsa kononnya akan dibawa ke syarikat milik skim pelaburan itu beroperasi, namun setelah separuh perjalanan, mangsa diminta menaiki kenderaan lain dan diarah meninggalkan wang dalam kereta itu.
“Apabila mangsa turun untuk ke sebuah lagi kenderaan, kedua-dua kereta terbabit terus meninggalkan mangsa menyebabkan mangsa terpinga-pinga sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Abdul Jalil berkata, siasatan mendapati kedua-dua kereta digunakan suspek kereta sewa.
“Kami masih memburu suspek yang semuanya didalangi rakyat Afrika dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.
“Orang ramai diminta berhati-hati jika ditawarkan menyertai mana-mana skim yang menjanjikan tawaran berganda kerana kebanyakan daripadanya akan berakhir dengan penipuan,” katanya.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to RM175,000 dikebas Awang Hitam
= Leave a Reply