RM180,000 lesap dalam tempoh kurang 5 minit
⊆ 3:31 PM by Azam | ˜ 0 comments »
JEJAK...anggota polis mengesan cap jari pada pintu
masuk bank yang dirompak, semalam.
JEJAK...anggota polis mengesan cap jari pada pintu
masuk bank yang dirompak, semalam.
SERI KEMBANGAN: Tiga lelaki mengambil masa kurang lima minit untuk melarikan wang tunai RM180,000 dalam satu rompakan bersenjata di sebuah bank di sini, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang, semua suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh itu sudah mengatur perancangan teliti apabila dua daripadanya memasuki bank terbabit manakala seorang lagi mengawal di luar.
Dua suspek dipercayai bersenjatakan pistol jenis Revolver .38 mm itu kemudian meluru ke arah empat kakitangan bank yang berada di kaunter dan mengarahkan mereka menyerahkan wang.
Suspek seterusnya memasuki sebuah bilik simpanan kecil premis berkenaan dan terus memasukkan wang berjumlah RM180,000 ke dalam beg dibawa sebelum melarikan diri.
Selain enam pelanggan, seorang pengawal keselamatan dikatakan turut berada di dalam premis terbabit namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak memiliki sebarang senjata.
Seorang lagi pengawal keselamatan bertugas yang memiliki pump gun ketika itu pergi menunaikan solat.
Bagaimanapun, suspek tidak melepaskan tembakan dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin, berkata pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan untuk mengenal pasti suspek.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta supaya menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to RM180,000 lesap dalam tempoh kurang 5 minit
= Leave a Reply