RM350,000 lesap di jalan sesak

⊆ 5:53 PM by Azam | ˜ 0 comments »




Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

ANGGOTA polis forensik memeriksa trak pikap yang terkena tembakan empat perompak di Jalan
Persiaran Kayangan, Shah Alam semalam.



SHAH ALAM - Semalam mungkin pengalaman paling ngeri buat empat pekerja syarikat pengurup wang apabila pelbagai mata wang bernilai RM350,000 dirompak empat lelaki menunggang motosikal ketika kenderaan mereka bergerak perlahan dalam kesesakan lalu lintas di sini.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 petang di Jalan Persiaran Kayangan, tidak jauh dari Istana Melawati Sultan Selangor, dua daripada empat mangsa yang menaiki kenderaan trak pikap dari arah Bulatan Kayangan tiba-tiba dihimpit oleh dua buah motosikal sebelum dua suspek melepaskan empat das tembakan ke arah mereka.

Tembakan itu menyebabkan tiga cermin trak pikap jenis Mistubishi Triton berkecai.

Pemandu kenderaan itu cedera di bahu manakala penumpang depannya cedera kena tembakan di kiri betis.

Dua lagi penumpang belakang kenderaan itu cedera terkena serpihan cermin.

Sebaik kenderaan trak pikap itu berhenti di tepi jalan, perompak terbabit merampas beg berisi wang dan melarikan diri menghala ke pusat bandar.


0 Responses to RM350,000 lesap di jalan sesak

= Leave a Reply