Rompakan ‘solo’
⊆ 4:26 PM by Azam | ˜ 0 comments »Oleh Mohd Fadly Samsudin
PETALING JAYA: Berbekalkan beg plastik membeli-belah, seorang lelaki melakukan rompakan ‘solo’ dengan menjadikan sebuah kedai emas di sebuah kompleks beli-belah di Bandar Utama di sini sebagai sasaran tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, lelaki berusia 20-an itu dengan selamba tanpa memakai topeng memasuki kedai emas berkenaan yang terletak di tingkat bawah kompleks sebelum mengacukan pistol kepada pekerja kedai emas itu agar menyerahkan dua dulang barang kemas yang dipamerkan kepadanya.
Malah, suspek hanya menggunakan beg plastik bagi memasukkan barang kemas berkenaan sebelum melarikan diri.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata suspek hanya mengambil masa kurang dua minit berada di dalam premis berkenaan sebelum melarikan barang kemas berkenaan.
“Kita sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam premis itu dan mengenal pasti suspek. “Ketika kejadian, suspek hanya memakai kemeja-T dan berseluar jeans.
“Setakat ini, polis sedang memburu suspek berdasarkan imej jelas yang berjaya dirakam CCTV berkenaan kerana suspek tidak memakai topeng muka ketika melakukan rompakan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, tiada pelanggan yang berurus niaga di dalam kedai emas itu selain pengawal keselamatan dikatakan berada di tandas.
“Jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan kerana pihak pengurusan masih menjalankan siasatan terhadapnya,” katanya.
Kuala Lumpur Time
0 Responses to Rompakan ‘solo’
= Leave a Reply