Suri rumah nyaris dikelar leher oleh penyamun
⊆ 8:18 AM by Azam | ˜ 0 comments »KUANTAN: Seorang suri rumah yang sedang membersihkan halaman rumah nyaris dikelar lehernya sebelum direntap rantai yang dipakainya oleh dua lelaki bersenjatakan pisau di Kampung Sungai Benggali Sungai Luit dekat
Raub, semalam.
Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri, berkata kejadian jam 7 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 51 tahun tinggal seorang diri selepas suami dan anaknya keluar bekerja dan ke sekolah.
"Mangsa yang sedang membersihkan halaman rumah tiba-tiba melihat sebuah
kereta berhenti di hadapan rumahnya sebelum dua lelaki menuju ke arahnya,"
katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, salah seorang suspek meletakkan pisau di lehernya manakala
seorang lagi merentap seutas rantai leher yang dipakai mangsa.
Noor Asyikin berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke bilik tidur dan
menyelongkarnya sebelum melarikan barang kemas lain iaitu sebentuk cincin,
tiga bentuk anting-anting dan loket milik mangsa yang kesemuanya bernilai
RM2,000.
Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
-Bernama
Kuala Lumpur Time
0 Responses to Suri rumah nyaris dikelar leher oleh penyamun
= Leave a Reply