Timur: Sabung nyawa isteri

⊆ 2:46 AM by Azam | ˜ 0 comments »




Oleh Irwan Shafrizan Ismail
bhk@bharian.com.my

ANGGOTA polis mengiringi pasangan suami isteri yang cuba melarikan diri dalam sekatan jalan raya pada Operasi Bersepadu Sempena Sambutan Kemerdekaan di Jalan Mahkota, Kuantan.

Remaja pecut motosikal lawan arus elak ditahan polis kerana tiada lesen

KUANTAN: Tindakan nekad seorang suami berusia 20 tahun yang cuba melarikan diri daripada sekatan polis dengan menunggang melawan arus nyaris meragut nyawa isterinya apabila motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah Honda Civic, di Jalan Mahkota, di sini awal, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, lelaki terbabit yang bekerja kilang di Indera Mahkota 14, di sini dipercayai bertindak sedemikian berikutan tidak mempunyai lesen memandu.

Tanpa memikirkan nyawa isterinya berusia 19 tahun yang baru dikahwini tiga bulan lalu, lelaki itu membuat lencongan di Jalan Bank sebelum menunggang melawan arus memasuki Jalan Mahkota.

Tindakan itu menyebabkan motosikal ditunggang pasangan suami isteri terbabit bertembung dengan kereta dan akibat pelanggaran motosikal itu terperosok di bawah kenderaan berkenaan.

Bagaimanapun pasangan suami isteri dari Indera Mahkota itu hanya mengalami luka kecil di tangan dan siku sebelum diarahkan anggota polis menolak motosikalnya ke tepi jalan.
ANGGOTA trafik mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan pada Operasi Bersepadu Sempena Sambutan Kemerdekaan di Jalan Mahkota, Kuantan.

Ketika ditanya beberapa anggota polis kenapa melarikan diri, remaja lelaki terbabit memaklumkan tidak mempunyai lesen memandu dan dia bersama isteri hendak pulang ke rumah di Indera Mahkota selepas selesai menyambut detik kemerdekaan di Taman Esplanade, di sini.

Sebaik mengetahui remaja perempuan yang dibawa adalah isterinya, anggota polis terbabit memarahi lelaki berkenaan berikutan langsung tidak memikirkan soal keselamatan isterinya dan hanya mementingkan dirinya sendiri dengan harapan mampu melarikan diri dari sekatan polis.

Berita Harian yang berada di lokasi turut melihat remaja perempuan terbabit menangis teresak-esak selain trauma dengan kemalangan yang berlaku.

Selain itu, dalam operasi bersepadu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bermula jam 12 tengah malam sehingga 4 pagi itu, sebanyak 138 saman lalu lintas dikeluarkan atas pelbagai kesalahan kepada pengguna trafik dalam operasi sempena sambutan kemerdekaan terbabit.

Pegawai Penguatkuasa Trafik negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata biarpun tindakan mengadakan sekatan jalan raya dilakukan selama dua hari, masih ramai pengguna jalan raya yang tidak peka dengan kesalahan lalulin tas.

Beliau berkata, kebanyakan saman dikeluarkan atas kesalahan kerap iaitu tidak mempunyai lesen memandu, tiada cermin sisi bagi motosikal dan bagi kereta pula kebanyakan mereka mengubahsuai ekzos selain kesalahan cermin gelap.


0 Responses to Timur: Sabung nyawa isteri

= Leave a Reply