'Bermalam' sebelum rompak pasar raya

⊆ 6:23 PM by Azam | ˜ 0 comments »

Oleh MANIRAH OTHMAN

KUALA TERENGGANU – Seorang pencuri dipercayai bersembunyi di dalam sebuah pasar raya borong di Kuala Ibai dekat sini sebelum ia ditutup dan melarikan wang tunai kira-kira RM25,000 semalam.

Menurut pengurus pasar raya itu, M. Shanmuganathan, dia terkejut melihat mesin juruwang terbuka ketika datang ke pasar raya itu kira-kira pukul 8.45 pagi semalam.

“Saya sangka juruwang yang bertugas semalam (kelmarin) terlupa menutupnya. Tetapi selepas masuk dan lihat ia bersepah, saya syak ia dipecah masuk,” ujarnya di sini semalam.

Bagaimanapun, Shanmuganathan berkata, wang lebih RM25,000 di dalam tabung hasil kutipan derma untuk mangsa gempa bumi Padang, Indonesia di pasar raya itu tidak dilarikan.


0 Responses to 'Bermalam' sebelum rompak pasar raya

= Leave a Reply