Pasangan kekasih sedang proses air daun ketum ditahan

⊆ 5:17 AM by Azam | ˜ 0 comments »

09/10/2009 4:53pm

BUKIT MERTAJAM 9 Okt. — Polis menahan sepasang kekasih dan merampas enam bakul daun ketum serta 140 bungkus air ketum yang siap untuk dijual dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Tengah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Dr Mohd Shah Hussin Shah berkata dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, pasangan kekasih berumur lingkungan 20-an itu sedang memproses daun ketum mentah untuk dijadikan cecair.

"Sebaik menyedari rumah mereka diserbu, pasangan berkenaan cuba melarikan diri tetapi gagal kerana kediaman mereka telah dikepung pihak polis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pasangan terbabit juga bertindak membuang sebahagian air daun ketum yang telah dimasak ke dalam tandas supaya tidak dapat dikesan polis.

Katanya, dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan memproses daun ketum termasuklah dapur gas bernilai RM2,500.


0 Responses to Pasangan kekasih sedang proses air daun ketum ditahan

= Leave a Reply