Wanita Asia cantik dijadikan pelacur

⊆ 4:53 AM by Azam | ˜ 0 comments »

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

ABDUL HADI HO

KUALA LUMPUR - Sindiket 'mengeksport' wanita cantik dari negara-negara Asia untuk dilacurkan di Eropah sejak setahun lalu lumpuh apabila polis menahan dua suspek yang dipercayai menjadi dalang kegiatan itu sejak setahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi Bukit Aman, Datuk Abdul Hadi Ho Abdullah berkata, kedua-dua suspek iaitu suspek lelaki berusia 45 tahun manakala suspek wanita berusia 55 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah teres di Pandan Perdana di sini pada pukul 1 pagi semalam.

Menurut beliau, siasatan terhadap kedua-dua suspek itu mendapati mereka aktif 'mengeksport' wanita cantik berusia 20-an dari beberapa buah negara Asia untuk dijadikan hamba seks kepada lelaki di negara-negara Eropah.

"Lebih memalukan apabila pasangan bukan suami isteri mahupun kekasih itu menjadikan negara ini sebagai transit 'mengeksport' pelacur ke luar negara," kata beliau di sini semalam.

Kata beliau, kedua-dua suspek itu dipercayai mempunyai talian dengan sindiket pelacuran di negara-negara Eropah sehingga membolehkan mereka 'mengeksport' pelacur ke sana.


0 Responses to Wanita Asia cantik dijadikan pelacur

= Leave a Reply