Mesin ATM dibom perompak

⊆ 4:50 AM by Azam | ˜ 0 comments »



Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

KEADAAN di sebuah bank di Kota Kemuning, Shah Alam selepas perompak cuba meletupkan sebuah mesin ATM semalam.

SHAH ALAM - Hasrat sekumpulan penyamun untuk menjadi 'kaya raya' dengan meletupkan salah sebuah daripada lima buah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning di sini semalam tidak kesampaian apabila mesin tersebut tidak terjejas dengan letupan itu.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi, kumpulan penjenayah terbabit yang dipercayai menaiki tiga hingga empat buah motosikal terpaksa meninggalkan bank tersebut dengan tangan kosong.

Bagaimanapun, kesan letupan menggunakan kira-kira 200 belerang itu bukan sahaja menyebabkan cermin hadapan bank pecah malah sebahagian bumbung bangunan itu rosak.

Kejadian disedari polis peronda yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut selepas terdengar alat penggera di bank itu berbunyi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan berkata, sebelum kejadian, suspek-suspek menyembur cat merah ke atas empat buah kamera litar tertutup (CCTV) di bank itu sebelum mereka memasang bom buatan sendiri pada salah sebuah mesin ATM di situ.


0 Responses to Mesin ATM dibom perompak

= Leave a Reply