Mati ditembak sebelum merompak

⊆ 1:14 AM by Azam | ˜ 0 comments »






OLEH OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my

SYED ISMAIL (tengah) menunjukkan parang panjang dan barang-barang lain yang ditemui daripada empat lelaki yang ditembak mati di Kulim, Kedah semalam.


Ramesh


Jayaselan

KULIM - Empat penjenayah termasuk tiga bekas banduan yang baru dibebaskan mati ditembak polis ketika disyaki merancang untuk melakukan rompakan di Bukit Kukus, Lunas di sini semalam.

Kesemua lelaki itu ditembak mati selepas seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arah polis manakala tiga lagi suspek cuba menyerang polis menggunakan parang sebaik menyedari mereka dikepung di satu jalan mati di Bukit Kukus.

Keempat-empat suspek yang mati ditembak ialah M. Jayaselan, 29, dan R. Ramesh, 20. Kedua-dua mereka berasal dari Kampung Lengkuas, Pokok Sena, Kedah.

Dua lagi, S. Chandrapathy, 26, berasal dari Taman Intan, Sungai Petani dan P. Suresh Sinasamy, 27, berasal dari Batu Caves, Kuala Lumpur.

Kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 pagi itu menggemparkan orang ramai yang melalui jalan utama menghala ke Kulim-Lunas sehingga menggakibatkan kesesakan lalu lintas lebih lima kilometer.

Ketua Polis Kedah, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, polis mulanya menerima maklumat mengenai sebuah kereta Proton Waja yang dilihat mencurigakan berlegar-legar di Bukit Kukus.


0 Responses to Mati ditembak sebelum merompak

= Leave a Reply