Amah didera, dipaksa makan babi

⊆ 1:27 AM by Azam | ˜ 0 comments »




Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

Aishabeevi

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga India yang cuba mengubah nasib dirinya dengan merantau jauh ke negara ini untuk mencari rezeki dengan bekerja sebagai pembantu rumah tidak menduga kehidupannya di sini lebih merana apabila dia didera malah dipaksa makan babi oleh majikannya.

Kejadian malang itu menimpa Aishabeevi, 36, selepas lima hari dia menjejakkan kaki ke rumah majikannya di Taman Gaya Pelangi di Johor Bahru pada 10 Julai lalu sebaik tiba dari Chennai, India.

Selain majikannya yang merupakan suami isteri, turut tinggal di rumah tersebut ialah seorang anak pasangan itu dan seorang wanita warga emas.

Aishabeevi, ibu kepada dua anak perempuan berusia 11 dan 13 tahun mendakwa, dia mula didera seperti dipukul, dikurung, dipaksa makan babi selain tidak dibenar bersembahyang pada hari keenam dia bekerja di rumah itu dan ia berlarutan sehingga dia melarikan diri Jumaat lalu.

Dia juga mendakwa tidak dibenarkan memakai jubah atau tudung.


0 Responses to Amah didera, dipaksa makan babi

= Leave a Reply