Penyamun warga Afrika gagal pecah rumah

⊆ 3:40 AM by Azam | ˜ 0 comments »




Abdul Jalil memotong riben pada majlis perasmian Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Taman Putra, Ampang Jaya semalam.

KUALA LUMPUR - Empat lelaki warga Afrika yang cuba memecah masuk sebuah rumah di Taman Putra di Ampang dekat sini kelmarin gagal apabila tindakan mereka disedari beberapa jiran.

Niat mereka itu bocor setelah salah seorang daripada suspek yang ditugaskan membuat intipan di rumah terbabit dapat dicekup.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 8.20 malam itu disedari penduduk setelah curiga dengan sebuah kenderaan jenis Naza Citra yang dinaiki kumpulan warga Afrika itu.

"Suspek-suspek mulanya membuat beberapa kali rondaan di sekitar taman perumahan itu sebelum mereka berhenti di hadapan sebuah rumah di Jalan 2, Taman Putra," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, tindak-tanduk kumpulan lelaki Afrika yang tidak pernah dilihat di kawasan perumahan itu menimbulkan curiga beberapa jiran yang kemudian cuba mendekati kenderaan Naza Citra itu.

"Penduduk yang ingin membantu telah memberanikan diri dengan membuka pintu kenderaan tersebut sebelum nampak ada tiga lelaki Afrika di dalam kenderaan itu bersama beberapa peralatan termasuk parang dipercayai untuk memecahkan rumah.

"Penduduk yang terkejut melihat ada senjata tajam itu terus menutup semula pintu kenderaan itu," ujarnya.


0 Responses to Penyamun warga Afrika gagal pecah rumah

= Leave a Reply