Suami isteri dera anak sampai mati

⊆ 3:37 AM by Azam | ˜ 0 comments »




Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


GOMBAK - Polis memburu pasangan suami isteri warga Indonesia yang menghilangkan diri selepas disyaki mendera bayi lelaki mereka yang baru berusia dua bulan sehingga mati di Jalan 2/10 Taman Garing Utama, Rawang dekat sini Jumaat lalu.

Bayi malang tersebut, Muhamad Iman Mohd. Sonel meninggal dunia pada pukul 3.25 petang Jumaat lalu selepas mengalami pendarahan serius di kepala akibat dipercayai dihentak dengan kuat selain ada kesan lebam pada matanya.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang doktor pakar kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat bayi malang berkenaan.

Menurut beliau, bayi tersebut telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL pada pukul 5 petang 23 September lalu oleh jiran pasangan itu selepas diberitahu anak mereka kononnya diserang sawan.

"Selepas anak mereka dimasukkan ke hospital, pada keesokan harinya pasangan itu terus menghilangkan diri," katanya ketika dihubungi di sini semalam.


0 Responses to Suami isteri dera anak sampai mati

= Leave a Reply