Bunuh penoreh: Lelaki Indonesia dicari

⊆ 11:17 PM by Azam | ˜ 0 comments »

KUANTAN 1 Okt. - Polis mencari seorang lelaki warga Indonesia yang dikenali sebagai 'Baron' bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penoreh getah, juga warga negara itu, di Felda Chegar Perah 1, Kuala Lipis, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Nordin Mustapha berkata, lelaki berusia 30-an itu dipercayai memasuki negara ini tanpa dokumen pengenalan diri yang sah.

"Dia dipercayai baru tiga bulan menetap di ladang getah itu dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia menerima upah mengutip serta menoreh getah.

"Kita percaya dia telah keluar dari daerah ini kerana ada saksi mengaku menghantar suspek ke stesen bas di Kuantan untuk ke Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan, seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai Irwan, 20-an, dijumpai tertiarap dan ditutup dengan tikar getah dalam keadaan busuk dan berulat di belakang pusat pengumpulan getah di Felda Chegar Perah 1, Kuala Lipis.

Nordin berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pernah terlihat lelaki itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Lipis atau mana-mana balai polis berdekata


0 Responses to Bunuh penoreh: Lelaki Indonesia dicari

= Leave a Reply