Pencuri perasan bijak jerat diri sendiri

⊆ 4:26 AM by Azam | ˜ 0 comments »




Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

WAJAH pencuri yang memasuki kedai telefon bimbit jelas dirakam melalui CCTV di Merang, Setiu semalam.

SETIU - Tindakan seorang pencuri yang mencabut dua buah kamera litar tertutup (CCTV) dan menutup suis utama untuk merompak sebuah kedai di Kampung Baru Merang di sini akhirnya menjerat diri sendiri semalam.

Ini kerana, tindakan menutup suis utama itu yang dilengkapi sistem keselamatan yang rapi sebenarnya memberi maklumat kepada pemilik kedai tersebut selain terdapat tiga lagi CCTV yang tidak disedarinya.

Menurut pemilik kedai tersebut, Baharuddin Awang, 39, dia menerima enam mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kejadian tersebut pada pukul 1 pagi membuatkan dia terjaga dari tidur.

"Saya tidak terus pergi ke kedai kerana menyangkakan bekalan elektrik terputus dan hanya menunggu hari cerah bertindak," katanya ketika ditemui dekat sini, semalam.

Jelasnya, apabila masuk ke kedai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya itu, dia terkejut apabila melihat salah sebuah pintu di kedainya terbuka dan telefon bimbit serta pelbagai aksesori yang dipamerkan hilang bersama dua buah CCTV.


0 Responses to Pencuri perasan bijak jerat diri sendiri

= Leave a Reply